fbpx
PEKERJA kesihatan melakukan ujian calitan di sebuah pusat saringan pandu lalu di El Paso, Texas pada 12 Januari lalu. - AFP

Covid-19 bunuh 5.5 juta penduduk dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Virus Covid-19 membunuh sekurang-kurangnya 5,503,347 orang sejak pandemik muncul di China pada Disember 2019, demikian menurut angka agensi berita AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi setakat kelmarin.

Amerika Syarikat mencatatkan kematian tertinggi Covid-19 sebanyak 842,322 kematian diikuti Brazil dengan  620,238 kematian, India (484,655) dan Rusia (318,432).

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Covid-19 Omicron adalah berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

WHO berkata, peningkatan mendadak kes Covid-19 di seluruh dunia adalah berpunca daripada Omicron. Varian itu didapati lebih mudah berjangkit daripada varian Delta yang dominan sebelum ini.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu melaporkan lebih 15 juta kes Covid-19  pada minggu lalu dengan jutaan jangkitan lagi dipercayai tidak direkodkan.

Bagaimanapun, WHO meminta kerajaan-kerajaan di seluruh dunia tidak menyerah kalah kepada Omicron.

“Walaupun Omicron menyebabkan jangkitan kurang teruk berbanding Delta, ia masih kekal sebagai virus berbahaya terutamanya kepada mereka yang belum divaksinasi.

“Kita tidak boleh membiarkan virus ini bebas menular dan mengibarkan bendera putih terutamanya masih ramai orang di seluruh dunia belum mendapat pelalian,” kata Ketua Pengarah WHO  Tedros Adhanom Ghebreyesus pada satu sidang akhbar. – AFP 

POPULAR