fbpx

Kelibat lembaga ‘misteri’ bergolek atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelibat objek bergolek atas jalan raya menyerupai pocong hasil perkongsian sebuah video pengguna media sosial menarik perhatian netizen.

PETALING JAYA- Kelibat satu objek yang tidak diketahui bergolek di atas jalan raya menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran di laman media sosial oleh seorang pengguna yang bernama @paknuatt, objek yang bergolek dengan menyerupai pocong kelihatan sangat menyeramkan.

“Alahai, masa-masa di lewat malam macam ini dia ingin buat perangai,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi pengguna di platform media sosial yang rata-ratanya menjadikan kejadian itu sebagai bahan jenaka.

“Cuba bayangkan tiba-tiba pocong itu melompat, dia tersadung. Macam mana dia nak bangun dengan kaki dan tangan berikat. Berguling dia cari bantuan,” kata @ousshh.

“Dulu masa dia hidup, dia lumpuh agaknya,” ujar @CtHani.

“Yang berguling orang panggil hantu bungkus, yang melompat orang panggil hantu pocong. Sampai keliru dia lompat ke berguling,” tulis @DyesebelAngel.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI