fbpx

Kehilangan kapal laut, kapal terbang di Segitiga Bermuda hanya mitos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebut sahaja Segitiga Bermuda pelbagai cerita atau mitos yang pernah kita dengar sama ada ia benar-benar terjadi atau hanya sekadar fantasi sahaja.

Menerusi satu hantaran Zamir Mohyedin di laman Facebook, antara mitos terbesar yang kita pernah disuap masa kecil dulu ialah ruang lautan di Segitiga Bermuda tidak dapat dilalui apabila mana-mana kapal laut dan kapal terbang yang melaluinya akan hilang secara misteri.

Katanya, lautan di kawasan tersebut adalah antara laluan yang tersibuk di dunia.

“Pada hari ini kita dapat lihat sebenarnya ia adalah sekadar mitos.

“Ia merupakan antara kawasan yang tersibuk di dunia. Banyak kapal keluar masuk setiap hari. Tiada sebarang kehilangan misteri dan pelik seperti yang digembar-gemburkan,” tulisnya.

Aliran trafik kapal laut dan kapal terbang yang menggunakan laluan di kawasan Segitiga Bermuda.

Rata-rata orang ramai memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Dahulu, saya pun terjebak juga, selepas itu, bila sudah duduk Amerika Syarikat (USA), saya pergi satu pejabat travel ejen sini, terkejut juga kenapa ada pakej melancong ke Bermuda Segitiga.

“Dalam hati pula kata tak taku ke hilang, sekali tengok pamplet pakej dia, cantiknya tempat itu, rupanya selama ini aku kena tipu ke,” kata Cik Tie.

“Dulu-dulu semangat saya baca dalam Mastika, rupanya kena ‘scam’,” jelas Ahmad Adib.

Sementara itu, Amirul Hakimi Azman turut meninggalkan komen.

“Serius lah, baca cerita macam-macam katanya ada pusaran besar yamg menyedut kapal-kapal lalu situ. Ada kata nampak makhluk besar-besar siap azan bagai. Ke kena scam ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI