fbpx

Ibu menyusu badan kurang risiko strok, serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penemuan terbaharu mengenai penyusuan badan diharap membantu lebih ramai wanita menyusukan anak dengan susu badan. - Google

VIENNA, AUSTRIA – Satu kajian terbaharu menunjukkan ibu yang menyusukan anak dengan susu badan mempunyai peluang lebih rendah mendapat serangan jantung dan strok dalam kehidupannya, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Sekumpulan penyelidik di Austria mendakwa proses menyusu boleh memberikan rangsangan kesihatan yang ketara buat kaum ibu.

Lapan kajian terhadap 1.2 juta ibu mendapati mereka yang pernah atau sedang menyusukan bayi kurang berisiko mendapat penyakit jantung sebanyak 14 peratus manakala 12 peratus untuk serangan angin ahmar.

Ketua penyelidik, Dr. Peter Willeit berkata beliau berharap lebih ramai wanita akan memilih untuk menyusu badan selepas mengetahui ia boleh memberi manfaat kepada mereka juga.

Beliau turut menggesa masyarakat untuk menggalakkan dan menyokong wanita dengan mewujudkan ruang kerja mesra penyusuan.

Britain mempunyai salah satu kadar penyusuan susu ibu yang paling teruk di Eropah dengan hanya satu daripada 100 ibu baharu menyusukan anak mereka secara eksklusif untuk enam bulan pertama.

Kajian berasingan oleh Universiti Swansea mendapati lapan daripada 10 ibu berhenti menyusu badan kerana kesakitan, sikap orang ramai dan kekurangan sokongan dari orang terdekat.

Selain itu, kajian juga mendapati ibu yang menyusukan bayi berisiko lebih rendah mendapat diabetes jenis dua, kanser ovari dan kanser payudara. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI