fbpx

Harga petrol RON97 RM3.07 seliter bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter bermula esok sehingga 19 Januari depan.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, kenaikan itu menjadikan harga runcit petrol RON97 meningkat dari RM3.03 seliter kepada RM3.07.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI