fbpx

Ujian saringan kendiri dibuat di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Bermula minggu ini, ujian saringan kendiri melibatkan murid sekolah rendah kini boleh dilaksanakan di rumah seterusnya memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak sekolah.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, perkara itu dipersetujui oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas perbincangan mengenainya dibuat bersama Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, kit ujian bagi saringan kendiri tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah dan maklumat lanjut berhubung perkara itu akan dijelaskan menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan oleh KPM nanti.

“Saya ingin tegaskan bahawa adalah amat penting ibu bapa kepada anak-anak terpilih untuk melaksanakan ujian ini di rumah dapat melaksanakannya berdasarkan tatacara yang ditetapkan dalam kenyataan akhbar KPM nanti.

“Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung teratur dan selamat. Jika ia tidak dilaksanakan mengikut tatacara ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak-anak tetapi kawan-kawan serta guru-guru di sekolah,” katanya menerusi video dimuat naik pada Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam memastikan ujian saringan tersebut dapat dilaksanakan dengan teratur serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh KKM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI