fbpx

Pandang berat aduan hakim syarie berceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris.

PUTRAJAYA – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung aduan dan petisyen bantahan dibuat oleh pihak tertentu yang tidak bersetuju hakim-hakim syarie menyampaikan ceramah, soal jawab atau pengajaran perundangan secara terbuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, justeru sebarang penjelasan dan penerangan berkenaan undang-undang yang dibuat menerusi khalayak umum hanya akan melibatkan pakar perundangan.

“JKSM akan mengambil tanggungjawab atas teguran itu dan akan perbaiki. Apabila timbul bab soal polemik macam ini, kita rasa kita boleh ambil sikap terkeluar daripada polemik tersebut supaya nanti matlamat kita baik.

“Nanti tiba-tiba tak capai matlamat, bergaduh (hal) boleh dan tak boleh sebagainya. Atas asas itulah, JKSM pun akan pertimbangkan,” katanya ketika ditemui pada majlis serahan sumbangan mangsa banjir dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama di sini hari ini.

Terdahulu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) membuat petisyen dalam talian iaitu bantahan terhadap hakim-hakim syarie menyampaikan ceramah, soal jawab atau pengajaran perundangan syariah di televisyen, radio atau media sosial.

Bantahan tersebut selepas saluran televisyen tempatan memperkenalkan program bual bicara berhubung perundangan syariah yang menampilkan panel jemputan dalam kalangan hakim syarie. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI