fbpx

Jika mahu pinda Akta 672, mereka kena ‘pinang’ kita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican berucap pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Panel Berkepakaran (Panel Of Experts) KPKT di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Tujuh negeri yang enggan meratifikasi Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 perlu memohon jika mereka mahu ada pindaan bagi klausa tertentu.

Negeri-negeri berkenaan bagaimanapun dialu-alukan memperakui Akta 672 itu sekiranya berasa obligasi tugas tersebut diserahkan secara mutlak kepada pihak kerajaan persekutuan.

Demikian jaminan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sebagai merujuk isu tapak sampah haram di negeri yang tiada akta berkenaan.

“Kalau hendak pinda (klausa) tertentu, perlulah mohon sebab mereka kena ‘pinang’ kita tetapi saya tidak boleh bagi jawapan terus, kerana ini harus dibawa kepada Kabinet pula,” katanya.

Beliau berkata pada sidang akhbar selepas menyerahkan watikah pelantikan 25 ahli Panel Berkepakaran buat julung kali bagi isu perumahan negara di Hotel Le Meridien, di sini hari ini.

Isu lambakan tapak sampah haram berleluasa di negeri yang belum lagi meratifikasi Akta 672 pernah disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Zain Hassan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI