fbpx

Malaysia hargai jasa, pengorbanan Jijoe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI (tengah) menunjukkan pingat perak yang dimenanginya pada Olimpik Tokyo 2020 sebaik tiba di tanah air sambil ditemani Reezal Merican (kanan) dan Norza di KLIA, Sepang petang semalam. – FARIS RUSADIO

PENGORBANAN jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang yang terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dalam perjalanannya meraih pingat perak keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah menjentik hati rakyat Malaysia.

Berjauhan dengan keluarga adalah lumrah biasa perlu diharungi Azizulhasni, 33, tetapi kali ini beliau terpaksa bertarung di Tokyo dalam keadaan tidak tenang memikirkan kea­daan ayahnya, Awang Embong yang menghidap sakit strok.

Namun, beliau mengetepikan segala perasaan demi memastikan Malaysia berbangga dengan kejayaannya meraih pingat perak walaupun dikecewakan dengan strategi gila Jason Kenny dari Britain di Velodrom Izu kelmarin.

Perjuangan The Pocket ­Roc­ketman telah menarik perhatian banyak pihak apabila satu demi satu tampil memberikan penghargaan kepada beliau yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Tokyo semalam.

Kelmarin, Pusat Rawatan Strok dan Fisioterapi Jogo Health yang terletak di ibu negara, menawarkan rawatan percuma kepada ayah Azizulhasni sebagai tanda penghargaan di atas sumbangannya mengharumkan nama Malaysia di pentas Olimpik.

“Tatkala seluruh negara berkongsi kegembiraan, membantu ayahanda Azizulhasni yang terlantar akibat strok sejak beberapa tahun lepas adalah cara terbaik bagi kami menyampaikan penghargaan kepada wira negara kita.

“Jasa dan pengorbanannya memartabatkan sukan negara tiada ternilai. Azizulhasni seorang ikon inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia,” kata Pe­ngasas dan juga Penasihat Pusat Jogo Health, Datuk T. Murugiah dalam satu kenyataan kelmarin.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga menawarkan biasiswa pengajian dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada beliau pada bila-bila masa sahaja.

Beliau juga dijangka meraih wang ganjaran bernilai RM300,000 berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) selain bakal mene­rima insentif RM15,000 daripada Penjelajah Grand Slam, Datuk Muhammad Muqarabbin Mokhtarudin.

Kerajaan Terengganu turut dikatakan sedia menawarkan ganjaran buat Azizulhasni terhadap kejayaan luar biasanya mengibarkan Jalur Gemilang megah di bumi Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI