fbpx

Banjir: Mangsa di Johor hanya tinggal 2,154

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan pemantauan keadaan banjir di sekitar Jalan Pogoh, Segamat, dekat sini. /FOTO IHSAN BOMBA

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini menunjukkan perubahan positif apabila jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan kepada 2,154 mangsa di empat daerah setakat pukul 4 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 625 keluarga yang masih ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, angka itu mencatatkan penurunan berbanding 2,298 mangsa daripada 660 keluarga yang ditempatkan di 35 PPS, pada tengah malam tadi.

“Daerah Muar yang terjejas teruk ketika ini menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 873 mangsa (253 keluarga) kepada 772 mangsa (229 keluarga).

“Sebuah PPS yang menempatkan 24 mangsa daripada tujuh keluarga di Kompleks MSN Pagoh ditutup pada pukul 11 pagi setelah keadaan bertambah baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan memberitahu, daerah Tangkak turut mencatatkan penyusutan sedikit iaitu seramai 555 mangsa daripada 175 keluarga setakat ini berbanding 610 mangsa daripada 190 keluarga, pada tengah malam tadi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI