fbpx

SWCorp tagih bantuan sukarelawan bantu lupus al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara al-Quran yang perlu dilupuskan oleh SWCorp.

PUTRAJAYA – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan menagih bantuan sukarelawan bagi membantu proses melupuskan al-Quran lusuh di Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib berkata, ketika ini, al-Quran lusuh yang berjaya dikumpulkan di pusat berkenaan semakin meningkat dan kini sudah mencecah seberat 25 tan.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan, proses pelupusan berkenaan dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Hari ini kami telah melawat semula pusat pelupusan ini bagi melihat proses pengasingan dan pelupusan al-Quran yang dianggarkan seberat 25 tan.

“Dengan jumlah tersebut, pusat berkenaan dijangka memerlukan masa lebih lama untuk membuat pelupusan.

“Ini kerana, dokumen yang mengandungi ayat al-Quran perlu diasingkan sebelum dilupuskan bersama al-Quran atau dikitar semula. Malah, pembakaran juga dibuat berfasa kerana kebanyakan al-Quran perlu dikeringkan terlebih dahulu,” katanya ketika di hubungi hari ini.

Katanya, dengan tenaga kerja yang terhad, bantuan sukarelawan adalah amat diperlukan bagi mempercepatkan proses pelupusan al-Quran.

Ummi Kalthum berkata, beliau difahamkan, seramai 84 sukarelawan sudah digerakkan untuk membantu pusat pelupusan itu termasuk 35 sukarelawan SWCorp sendiri.

“Mana-mana yang berminat untuk menjadi sukarelawan di pusat pelupusan ini boleh hubungi Muhammad Fahmi Hashim di talian 012-3745935,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI