fbpx

Lebih 10 tan al-Quran rosak dikumpul untuk dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWCorp akan mengumpul al-Quran rosak sehingga 31 Januari depan.

PUTRAJAYA – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya mengumpul lebih 10 tan al-Quran yang rosak akibat banjir untuk dilupuskan sejak 27 Disember lalu hingga semalam.

Pengerusinya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, usaha pengumpulan itu hasil kerjasama SWCorp Wilayah Persekutuan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Beliau berkata, usaha berkenaan adalah amat baik bagi menjaga kesucian ayat al-Quran.

“Mana-mana pihak tanpa mengira agama yang menjumpai al-Quran dan dokumen yang telah dihanyutkan banjir wajar menyerahkannya kepada masjid dan surau yang terdekat.

“Masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta di negeri Selangor boleh menghubungi SWCorp Wilayah Persekutuan untuk diuruskan pengambilan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, sejak 27 Disember lalu, SWCorp Wilayah Persekutuan telah membantu mengutip dan menghantar sebanyak 5,631 kilogram al-Quran dan dokumen yang rosak akibat banjir untuk pelupusan.

Rizalman berkata, selain itu, sebanyak 4,653.6 kilogram al-Quran pula telah dihantar terus ke Pusat Pelupusan Al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI