fbpx

Penduduk Kampung Bihai Lama dihantui kelibat pak belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perangkap harimau yang dipasang Jabatan Perhilitan Kelantan di Kampung Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang. FOTO: AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memasang sebuah lagi perangkap selepas penduduk Orang Asli mendakwa melihat kelibat harimau belang di kawasan penempatan Kampung Bihai Lama di sini kelmarin.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak tiga perangkap telah dipasang di sekitar Pos Bihai bagi memburu harimau belang yang masih bebas berkeliaran.

Mohamad Hafid berkata, Perhilitan sebelum ini telah memasang perangkap di Kampung Tendrik dan Kampung Hak.

Katanya, bertindak dengan laporan yang dibuat oleh penduduk Orang Asli di Kampung Bihai Lama, anggota Perhilitan telah memasang satu lagi perangkap berhampiran kampung itu.

“Seramai 12 orang kakitangan Perhilitan masih berada di Kampung Tendrik, Pos Bihai dan telah ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami berusaha untuk mencari saki-baki kumpulan harimau yang dipercayai masih bebas berkeliaran di sekitar Pos Bihai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini, melaporkan seorang Ielaki Orang Asli, Anek Along, 59, ditemui maut selepas dipercayai dibaham seekor harimau belang di Kampung Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan, pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku ketika sambutan perayaan menuai padi dan menangkap ikan sungai masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di kawasan itu.

Harimau belang jantan berusia tiga tahun seberat 120 kilogram yang menyerang mangsa berjaya ditembak Perhilitan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI