fbpx

Enggan tambah anak, ini alasan Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA DANIELLE bersama anak-anaknya.

PETALING JAYA – Enggan anak-anak membesar dengan orang gaji atau di pusat jagaan kanak-kanak menjadi alasan kukuh untuk aktres Diana Danielle berasa cukup hanya dengan dua orang anak.

Diana juga isteri kepada aktor dan pengarah, Farid Kamil mengakui enggan lagi menambah cahaya mata kerana mahu meluang lebih masa bersana dua orang anaknya, Muhammad, 9, dan Nur Aurora , 6.

“Ya, betul anak yang kedua sudah enam tahun, tetapi bagi saya, pada usia inilah mereka perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja.

“Nampak sahaja besar, tetapi masih nak pelukan, manja dan mahu teroka dan terangkan soalan-soalan makin rumit dan mendalam.

“Sikap ingin tahu mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai persoalkan kita, makin ingin berkawan dengan mengenali dunia luar. Saya tidak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah (anak),” tulis di Instagram.

Dalam pada itu pelakon filem Magika itu turut menjelaskan, anak adalah amanah seumur hidup dan pelbagai faktor harus diambil kira sebelum membuat keputusan untuk menambah bilangan cahaya mata.

“Seorang (anak) pun sudah amanah seumur hidup. Jadi, kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya daripada segi duit, tetapi mental, emosi dan juga masa.

“Masa yang tepat akan tiba jika kami rasakan perkara tersebut (untuk menambah cahaya mata) patut berlaku,” kongsinya lagi.

Sambung Diana, ibu yang bekerjaya sepertinya akan memikirkan banyak kemungkinan kerana enggan anak yang dilahirkan kelak membesar di tangan orang lain.

“Ibu bekerja lagi berfikir lebih. Tidak mahu anak yang baru dilahirkan membesar dengan orang gaji dan cikgu taska sahaja. Itu bukan sebab kami mahukan anak.

“Saya mahu menjadi ibu, saya mahu membimbing mereka dan menjadi tempat rujukan. Sehingga sekarang, masih banyak kerja keibubapaan yang perlu dilakukan. Termasuklah dengan diri saya sendiri,” kata Diana.

Padangan Diana itu dipersetujui oleh rata-rata pengikutnya dan teman artis yang sudah berkeluarga antaranya, Amyra Rosli, Hanis Zalika dan Ramona Zamzam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI