fbpx

SKM salur bantuan RM2.6 juta kepada koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zazali ketika ditemui pemberita di Taman Rempah, Sungai Melaka, hari ini.

MELAKA – Bantuan sebanyak RM2.6 juta akan disalurkan kepada semua koperasi di seluruh negara yang terjejas teruk dalam bencana banjir baru-baru ini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Zazali Haron berkata, sebanyak 86 buah koperasi dengan jumlah ahli kira-kira 700,000 telah dikenal pasti memerlukan bantuan tersebut untuk terus aktif.

Jelasnya, bantuan sehingga RM30,000 akan disalurkan mengikut permohonan yang dibuat secara dalam talian kepada SKM dan bantuan ini merupakan salah satu daripada tiga inisiatif besar dilaksanakan dan kita mempertimbangkan untuk menyalurkan dana sehingga RM30,000.

“Bagaimanapun bantuan ini perlu dipohon secara dalam talian dengan disertakan gambar dan laporan polis berkaitan bencana banjir,” katanya selepas Program 10,000 Langkah Inter Generasi Keluarga Malaysia di Taman Rempah, Sungai Melaka di sini, hari ini.

Tambahnya, inisiatif lain adalah menurunkan peratusan nilai tabungan yang diwajibkan iaitu 15 peratus kepada lapan peratus sahaja bagi Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS).-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI