fbpx
SATU ketika, Amar berasakan kehidupannya sangat sempurna kerana mendapat kerjaya bagus dan dapat menikmati nafsu songsang tanpa halangan. – GAMBAR HIASAN

Rasa mahu mati selepas dapat HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM hidup ini, kita semua mempunyai pilihan untuk mencorakkan kehidupan sendiri sama ada untuk menjadi seorang yang baik atau sebaliknya.

Itu yang terjadi kepada seorang pemuda yang merupakan graduan cemerlang dari sebuah universiti terkemuka di negara ini yang memilih jalan gelap hingga dirinya disahkan positif HIV kerana mengamalkan gaya hidup songsang.

Namun dia bernasib baik kerana ahli keluarga masih menerimanya biarpun mengetahui aktiviti songsang dalam dunia gay sebelum itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Dia kini bernasib baik kerana diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum terlambat.
——————————————————————————————————————————————
BUKAN mudah untuk Amar, 29, (bukan nama sebenar) menerima hakikat yang dia kini positif Human Immunodeficiency Virus (HIV), sekali gus meragut masa hadapan serta memadam semua impiannya.

Ketika menerima perkhabaran tersebut sekitar dua tahun lalu, lelaki itu berasakan hidupnya telah hancur dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi Allah masih memberi dia peluang untuk terus hidup bagi memperbaiki diri.

Dia yang merupakan pelajar pintar dan berkelulusan dari sebuah universiti terkemuka tanah air menjadi harapan keluarga memandangkan Amar satu-satu anak bergelar graduan.

Sebaik sahaja tamat belajar, Amar ditawarkan untuk bekerja di sebuah syarikat automotif dan menunjukkan prestasi sangat cemerlang sehingga dia dinaikkan pangkat walaupun baru bertugas di situ.

AMAR berasakan hidupnya kelam selepas mendapat tahu dia positif HIV selepas sering menjalankan aktiviti songsang dalam hidup. – GAMBAR HIASAN

“Sejak kecil, saya menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah kerana sangat cemerlang dalam sukan dan akademik berbanding adik-beradik lain.

“Sehubungan itu, apa sahaja kemahuan saya diturutkan serta diberikan lebih kebebasan,” cerita anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

Namun, hidupnya berubah 360 darjah selepas diliwat oleh bapa saudaranya yang bernafsu songsang ketika pulang ke kampung bersama keluarga.

Sejak detik itu, perasaan Amar mula menjadi celaru dan sering terbayang saat dia diliwat oleh bapa saudaranya sehingga datang keinginan untuk melakukan hubungan sejenis.

Dia mula mengenali dunia gay apabila menjejakkan kaki ke universiti yang mana di situ, Amar mengenali rakan-rakan bernafsu songsang sehingga menariknya jauh daripada fitrah sebenar.

“Di sini, saya mula menyulam cinta dengan salah seorang pelajar lelaki dan hubungan kami bertahan sekitar tiga tahun.

“Kami menjadi semakin liar apabila sering mengikuti parti gay sehingga melakukan seks bebas,” ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Amar berasakan kehidupannya sangat sempurna, diberikan kerjaya yang bagus dan menikmati nafsu songsang dengan bebas tanpa sebarang halangan.

Sehinggalah suatu hari, dia tiba-tiba jatuh sakit dan doktor mengesahkan dia dijangkiti HIV.


PEMUDA ini pernah beberapa kali cuba membunuh diri kerana dijangkiti HIV. – GAMBAR HIASAN

Ekoran dirinya dijangkiti HIV, kekasih hatinya mengambil keputusan meninggalkan Amar terkontang-kanting seorang diri dalam keadaan jiwa sangat lemah.

“Masa itu saya hanya fikir hendak mati kerana terlalu takut dengan masa depan dan malu hendak memandang wajah keluarga, terutamanya emak.

“Oleh kerana keadaan saya yang terlalu tertekan, pihak hospital telah mendapatkan bantuan kauseling dan pakar psikiatri bagi merawat kemurungan dialami,” tuturnya.

Selepas semangatnya pulih dan mendapat kekuatan, Amar berterus-terang dengan ibunya akan keadaan diri yang dijangkiti HIV.

Kasih ibu cukup sempurna, dia menerima Amar tanpa sebarang pandangan jijik dan kini, lelaki itu memulakan hidup baharu di kampung bersama bonda tercinta.

Pesan Amar kepada anak muda di luar sana agar tidak menggadaikan masa hadapan demi semata-mata untuk mengikut hawa nafsu dan jangan sesekali mencuba sesuatu yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN