fbpx

Netizen kecam trend ‘unboxing pengantin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang menjadi trend di kalangan pengantin baharu di media sosial.

PETALING JAYA – Trend ‘unboxing pengantin’ atau ‘unboxing by husband’ menjadi ikutan pasangan pengantin baharu terutamanya di kalangan wanita bertudung baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna di laman TikTok mahupun di platform media sosial yang lain, trend yang semakin digilai ramai itu mendapat kecaman dan kritikan yang hebat daripada orang ramai.

Video yang dimuat naik itu memaparkan pengantin lelaki akan membantu membukakan tudung pengantin perempuan dengan menanggalkan setiap aksesori yang terdapat pada bahagian kepala pengantin terlebih dahulu.

Sementara itu, kedua-dua mereka masih memakai busana pengantin dan ia akan dirakam menerusi cermin oleh pengantin perempuan.

Rata-rata orang ramai yang menonton akan memberi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Tak ada rasa malu ka rakam video seperti ini, aurat isteri perlu dijaga oleh suami,” kata Faez.

“Pengantin muda zaman sekarang ini mudah sangat terikut dengan perkara yang kurang baik, kononnya ikut trend, tapi lebih ke arah memalukan diri dan keluarga,” ujar Wan Putri.

Dalam pada itu, seorang pengguna yang dikenali sebagai Cikgu Dell yang turut memuat naik video teguran kepada pasangan terlibat.

“Ramai orang perempuan saya tengok kurang rasa malu muat naik video rakaman ‘unboxing by husband’ di TikTok.

“Semua benda nak dirakam, kalau ada orang lain komen dan kecam, awak akan marah pula,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI