fbpx

Dua pemain tenis remaja Perak terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis penyerahan sumbangan kepada Mitsuko dan Shihomi ( tiga dan dua dari kiri) di Kompleks MSN Perak.

IPOH – Persatuan Lawn Tenis Perak (PLTP) memberi sumbangan kepada dua pemain remajanya, Mitsuko Leong dan adiknya, Shihomi untuk menyertai kejohanan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF ) World Tennis Junior J5 dan J4 Singapura bermula 17 Januari ini.

Naib Presiden PLTP, Fazwil Abdul Wahid berkata, Kejohanan J5 akan berlangsung dari 17 hingga 22 Januari manakala J4 pada 24 hingga 29 Januari.

“PLTP memberi sumbangan untuk Mitsuki dan Shihomi pergi bertanding di kejohanan
world junior di Singapura nanti. Sumbangannya tidak banyak iaitu RM2,500 sahaja.

“Mudah- mudahan ia dapat mengurangkan bebanan kedua-dua pemain yang akan diringi bapa mereka, Jeff Leong selaku jurulatih, ” kata Fazwil selepas majlis penyerahan cek kepada kedua-dua pemain itu, semalam.

Menurut Fazwil, PLTP berharap kedua-dua atlet mencapai kejayaan besar dalam pertandingan disertai mereka. Tujuan utama untuk mencari mata ranking di bawah 100,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI