fbpx
AKSI mendukung dilakukan Zul bersama seorang pelakon wanita untuk iklan bengkung tidak disenangi peminatnya.

Aksi Zul Ariffin mendukung tak disenangi ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU sudah namanya Zul Ariffin, memang tidak pernah lari daripada cerita tentang lakonan ‘mesra’ dengan mana-mana heroinnya untuk drama mahupun filem.

Kali ini, dia sekali lagi menuai perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah iklan bengkung dan beraksi mesra apabila mendukung seorang pelakon wanita dalam video tersebut.

Disebabkan babak tersebut, ramai yang menegur agar Zul kurangkan melakonkan aksi romantis sebegitu dengan mana-mana pelakon wanita.

“Iklan akhir zaman ini. Ke mana pergi Zul Ariffin yang dahulu?” komen seorang netizen.

“Walaupun untuk tujuan pemasaran, tidak perlu sampai hendak berpelukan sebegitu,” tegur seorang lagi pengguna Instagram.

Dalam pada itu, terdapat juga peminat wanitanya yang kecewa melihat babak romantis dalam iklan tersebut dan turut memberi amaran akan berhenti mengikuti Zul sekiranya dia berkahwin kelak.

“Zul tolong jangan kahwin, nanti saya kecewa.

“Kalau Zul kahwin, mesti ramai yang berhenti mengikuti akaun media sosialnya,” ujar seorang peminat wanita.

Nampaknya ramai tak mahu Zul kahwin ya?

Apa pun harap setiap nasihat yang baik diberikan netizen akan diterima hero Malaya itu dengan hati terbuka.

Mereka nasihat kerana sayang dengan pelakon kesayangan.

DIVA: Harap pencarian penyanyi ganti Ernie Zakri di pentas AJL36 dipermudahkan.

POPULAR

BERITA BERKAITAN