fbpx

Raja Bomoh hargai rakyat Malaysia yang buatnya terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ritual tolak banjir yang dilakukan oleh Raja Bomoh.

PETALING JAYA – Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan kepada beliau selepas dibebaskan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi memberi keterangan berhubung ritual tolak banjir yang dilakukan di Dataran JPS, Teluk Intan pada 4 Januari lalu.

Menerusi siaran langsung diplatform media sosialnya, beliau berasa gembira dengan segala sokongan malah cacian yang diterima oleh beliau selepas upacara ritualnya menjadi tular telah menaikkan namanya sehingga menjadi terkenal sekarang.

“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh penyokong saya yang mendoakan kesejahteraan saya, termasuk juga yang mencaci sehingga banyak jumlah tanda suka disetiap video saya.

“Termasuk juga pihak Jabatan Agama Islam Perak yang memberi peluang dan layanan kepada saya serta tidak berkasar sepanjang saya disoal siasat yang mengganggap seperti bapa mereka,” katanya.

Perkongsian beliau itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna platform media sosial yang rata-rata meminta untuk mengambil iktibar supaya tidak mengulangi perbuatannya yang lepas dan membawa contoh yang baik kepada generasi muda.

“Sepatutnya menjadi contoh yang baik untuk generasi muda. Bila nak buat sesuatu seperti ritual itu sila rujuk dulu dengan Jabatan Agama Islam Negeri Perak,” kata Mohd. Nizam.

“Harap atuk mengambil pengajaran selepas dikritik hebat dan jangan lagi ulangi perbuatan lepas,” jelas Man Sarip pula.

“Jangan buat lagi upacara ritual yang pelik-pelik Tok. Boleh merosakkan akidah umat Islam,” tulis Ramona Zarina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI