fbpx

Jangkitan baharu Covid-19 melebihi kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,161 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,711,900 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan sebanyak 3,251 kes termasuk 299 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 2,783,331 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, 58 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,193 kes (98.2 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat dua kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 5,982 kluster serta 176 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 243 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 113 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI