fbpx

10 mayat ditemui dalam SUV di Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA forensik berada di lokasi penemuan 10 mayat di dataran utama di Zacatecas, Mexico. - EPA

BANDAR RAYA MEXICO – Sebanyak 10 mayat ditemui di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang ditinggalkan di luar sebuah dewan majlis perbandaran di utara Mexico kelmarin, kata pihak berkuasa.

Rantau itu bergelut dengan perang merebut kawasan antara kartel-kartel dadah.

Gabenor Negeri Zacatecas, David Monreal berkata, penemuan mengerikan berlaku awal pagi di dataran utama bandar itu.

“Mayat-mayat tersebut mempunyai kesan dipukul,” katanya.

Monreal kemudian menyatakan di laman Twitter bahawa pelaku-pelaku jenayah kejam itu telah ditangkap tetapi tidak mendedahkan identiti mereka.

Kementerian Keselamatan Mexico yang mengesahkan bilangan mayat yang ditemui di dalam SUV itu berkata, pihaknya telah menghantar beberapa pegawai bagi membantu siasatan kes tersebut.

Kartel dadah Sinaloa dan Generasi Baharu Jalisco bertempur untuk menguasai laluan penyeludupan dadah  di kawasan itu menuju ke Amerika Syarikat, demikian menurut beberapa pegawai dan pakar.

Negeri Zacatecas menyaksikan lonjakan keganasan sejak beberapa tahun lalu.

Pada November 2021, enam mayat ditemui tergantung pada sebuah jambatan dan pokok di bandar Fresnillo, mendorong kerajaan Mexico menghantar pasukan keselamatan tambahan.

Lebih 300,000 orang terbunuh dalam gelombang pertumpahan darah sejak kerajaan mengerahkan  tentera untuk memerangi kartel-kartel dadah pada 2006. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI