fbpx

‘Kuasa sedekah’, Allah balas segera – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian seorang lelaki yang menceritakan kebaikan seorang warga emas yang bermurah hati.

PETALING JAYA – Rezeki itu datang tanpa diduga dan sebagai manusia, amalan sedekah adalah satu tuntutan untuk kita berbuat baik kepada orang lain.

Menerusi perkongsian seorang lelaki @vitaminbae_ di media sosial, dia terharu apabila seorang warga emas yang duduk di meja sebelah secara tiba-tiba mengeluarkan sejumlah wang daripada topinya dan menawarkan untuk membayar makanan dia dan rakan-rakannya di sebuah kedai makan sarapan pagi.

Menurutnya, sebelum itu mereka didatangi oleh dua orang kanak-kanak yang sedang kelaparan sambil memegang bungkusan plastik yang berisi selipar terbuang.

“Adik-adik ini kelaparan, datang ke meja kami minta makanan.

“Kita belanja adik-adik ini makan, tiba-tiba pakcik sebelah nak bayarkan makanan kami,” tulisnya.

Tambah lelaki tersebut, warga emas itu yang juga seorang penjaga parkir tersentuh melihat kebaikannya memberi sedekah kepada kanak-kanak tersebut dengan membelanjakan makanan untuk mereka.

“Sebab pakcik itu tersentuh tengok kami bantu adik-adik tadi, dia pula nak sedekah kepada kami,” katanya.

Begitulah ‘kuasa sedekah’ yang dapat dilihat melalui kisah yang diceritakan lelaki tersebut dan rata-rata orang ramai turut memuji tindakan lelaki itu dan kebaikan pakcik tersebut.

“Terbaik, semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua, moga pakcik itu pun dimurahkan rezeki,” kata @Natiy_99.

“Terharu saya lihat video ini, memang Allah balas segera kebaikan orang bersedekah dan ini dinamakan kuasa sedekah,” kata @Nohi.ss. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI