fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di negeri Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Sarawak dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Kedah kawasan yang terlibat ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak kawasan yang dijangka terlibat ialah Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal berdepan dengan cuaca buruk malam ini.

“Begitu juga beberapa kawasan di Johor iaitu Batu Pahat dan Pontian manakala di Sarawak melibatkan kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri (Beluru, Telang, Usan dan Marudi) dan Limbang,” jelasnya.

Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau).

Menurut MetMalaysia amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI