fbpx

Banjir : Sektor pertanian, ternakan rugi cecah RM23 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAKRI Sawir (tengah) mengadakan lawatan ke gerai agro tani muda perniagaan pisang, Hairul Afzan Mohamed Rais, 40, pada Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di Seremban hari ini. FOTO - ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Seramai 500 orang pengusaha tani, penternak dan peladang di Negeri Sembilan terjejas akibat banjir baru-baru ini dengan kerugian yang dialami mencecah RM23 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Bakri Sawir berkata, jumlah yang direkodkan itu bagaimanapun akan meningkat selepas bencana banjir tersebut beransur pulih.

“Di Negeri Sembilan seramai 500 orang pengusaha termasuk petani, penternak terkesan melibatkan kos kerugian sebanyak RM23 juta akibat banjir. Kami akan cuba membantu mereka yang terkesan bagi membangunkan semula sektor pertanian ini termasuk agrikultur dan agro makanan.

“Bagaimanapun, dalam seminggu dua akan meningkat nilai selepas ada baki dua daerah lagi yang turut terjejas banjir iaitu di Tampin dan Jempol. Berkemungkinan akan ada pertambahan peringkat bantuan dan kami sedang dalam membuat kira-kira sehingga mengetahui berapa jumlah sebenar,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dalam Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI