fbpx

Perlu maklum sebelum hulur bantuan di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di sekitar daerah Segamat, Johor.

SEGAMAT – Semua individu, NGO dan badan-badan selain agensi kerajaan yang ingin membuat sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dikehendaki mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali berkata, kebenaran tersebut hendaklah diperoleh daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat.

“Ramai yang ingin menghulurkan bantuan. Sebelum itu, permohonan dan pemakluman hendaklah dibuat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Segamat yang berpusat di Majlis Perbandaran Segamat.

“Ia bagi mengelakkan menerima barangan bantuan terlalu banyak dan berlaku pembaziran di satu-satu PPS berkenaan. Selain itu, kita mahu mengekang penularan Covid-19 daripada berleluasa di PPS,” katanya yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat.

Mengikut rekod, Johor telah menerima taburan hujan yang tinggi bermula pada 30 Disember 2021 sehingga 3 Januari 2022.

Dalam tempoh tersebut, kenaikan paras air sungai di daerah Segamat meningkat secara mendadak dan telah menyebabkan berlakunya banjir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI