fbpx

Peniaga maut, van rempuh lori melintang tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van dipandu Che Idris yang merempuh sebuah lori treler yang merintang di tengah jalan di persimpangan masuk Plaza Tol Bukit Besi, LPT 2, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang peniaga maut manakala isteri dan seorang anaknya cedera parah selepas van dinaiki mereka merempuh badan sebuah lori treler membawa muatan besi buruk yang melintang jalan berhampiran persimpangan masuk ke Plaza Tol Bukit Besi di sini hari ini.

Dalam kejadian berlaku Kilometer 28.6 Jalan Dungun-Bukit Besi di sini pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Che Idris Jusoh, 70, meninggal akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, isteri mangsa, Nurul Shahfiqah Shahira Mahamood, 26, dan anak mereka, Mohd Dhuha, 5, pula cedera pada bahagian kepala.

Beliau berkata, sebelum kejadian, tiga beranak itu yang menetap di Kampung Dendang di sini dalam perjalanan ke Pasar Dungun untuk berniaga.

“Kemalangan berpunca daripada sebuah lori treler membawa muatan besi buruk berada di laluan sama memasuki persimpangan Plaza Tol Bukit Besi untuk memasuki Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) bagi meneruskan perjalanan ke Gebeng, Pahang.

“Kepala treler itu tiba-tiba terputus menyebabkan badannya melintangi jalan di persimpangan lampu isyarat tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI