fbpx

[KEMASKINI] Peniaga maut mesin stim meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN gas pada mesin steamer menyebabkan nyawa pekerja penyelenggaraan melayang di sebuah pasaraya di Ulu Tiram hari ini.

JOHOR BAHRU – Seorang pemilik pusat penanaman cendawan maut selepas sebuah tong gas yang dipasang pada mesin stim meletup di kawasan meletakkan kenderaan di sebuah pasaraya di Ulu Tiram, pagi hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, mangsa, Ong Kim Hin, 52, maut di tempat kejadian akibat kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala disebabkan letupan berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, ketika kejadian berlaku, mangsa bersama seorang pekerjanya berada di kawasan penanaman cendawan.

Katanya, mereka sedang melakukan kerja pemasangan tong gas untuk memanaskan air bagi tujuan menjalankan proses stim.

“Ketika sedang melakukan kerja pemasangan tong gas itu, secara tiba-tiba sebuah tong gas yang berada di hadapan mangsa telah meletup.

“Letupan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan terbaring dengan kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala. Dia kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Ulu Tiram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.

“Polis menjalankan siasatan mengikut siasatan laporan Mati Mengejut.

“Sepasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) turut hadir ke tempat kejadian untuk membantu siasatan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI