fbpx

Peniaga maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN mangsa yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 16.5, Jalan Chuah Bukit Pelandok, di sini, petang tadi.

PORT DICKSON – Seorang peniaga maut apabila kenderaan yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di kilometer 16.5, Jalan Chuah Bukit Pelandok, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.20 petang itu, mangsa, C. Tarmahdevan yang beralamat di Taman Impian Lukut disahkan maut di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed, berdasarkan siasatan awal mangsa dalam perjalanan dari Chuah menghala ke Bukit Pelandok.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian,mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) telah hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan lalu terbabas masuk longkang sebelah bahu kanan jalan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk proses bedah siasat 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.

Aidi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, susulan kemalangan berkenaan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

Sebahagian badan mangsa tersepit di bawah kenderaan yang terbabas di longkang bahu jalan. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI