fbpx

Peniaga maut, kereta rempuh pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Mohd. Ikmal yang maut selepas kereta Perodua Kelisa dipandunya merempuh sebatang pokok di KM 61 Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kampung Rhu Kubur, Merchang, Marang semalam.

MARANG – Seorang peniaga maut selepas kereta Perodua Kelisa dipandunya merempuh sebatang pokok di Kilometer 61 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Rhu Kubur, Merchang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 9.20 malam itu, mangsa, Mohd. Ikmal Embung, 26, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, sewaktu kejadian, Mohd. Ikmal dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu dari Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa dinaikinya dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas.

“Kereta itu kemudiannya merempuh sebatang pokok yang terdapat di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, impak kemalangan itu menyebabkan bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa terbabit remuk teruk selain cermin depannya pecah.

Tambah beliau, mayat Mohd. Ikmal telah dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI