fbpx

Peniaga maut, motosikal rempuh tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa yang tercampak dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza yang berada di hadapan sebuah rumah di Kampung Kijang, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum merempuh tiang elektrik di Kampung Kijang di sini awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.40 pagi, mangsa, Ahmad Syafiq Aiman Hasim@Hashim, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y152R seorang diri dari arah Kota Bharu ke Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa yang tidak memakai topi keledar gagal mengawal motosikal apabila melalui kawasan selekoh.

“Insiden itu menyebabkan mangsa terbabas masuk ke lorong bertentangan dan merempuh tiang elektrik sebelum tercampak.

“Sewaktu kejadian, motosikal mangsa juga dipercayai terlanggar sebuah kereta jenis Perodua Alza yang berada di hadapan sebuah rumah yang tidak jauh dari lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang mengalami cedera parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI