fbpx

Keanu Reeves derma 70 peratus gaji filem The Matrix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reeves menderma 70 peratus daripada pendapatan yang diperoleh menerusi filem The Matrix iaitu sebanyak AS$31.5 juta (RM131.7 juta) untuk penyelidikan leukemia. - Getty Images

NEW YORK – Satu laporan menyatakan bahawa pelakon popular, Keanu Reeves mendermakan sebahagian besar pendapatannya daripada filem  The Matrix  kepada sebuah pertubuhan kanser, lapor akhbar New York Post kelmarin. 

Reeves, 57, dilaporkan  dibayar wang pendahuluan AS$10 juta (RM41.81 juta) untuk filem sains fiksyen 1999 itu sebelum memperoleh lebih AS$35 (RM146.34 juta) apabila filem itu mencatat blockbuster pecah panggung.

Menurut laman berita Lad Bible, pelakon itu mendermakan  70 peratus daripada wang itu iaitu sebanyak AS$31.5 juta (RM131.7 juta) untuk penyelidikan leukemia.

Ia kerana adik perempuannya, Kim telah bertarung dengan penyakit barah itu selama lapan tahun.

Kim disahkan menghidap kanser darah pada 1991 dan menghabiskan masa  satu dekad dengan menjalani rawatan sebelum dia akhirnya sembuh.

Bintang filem Speed itu juga secara rahsia menubuhkan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dilaporkan bergiat aktif selama bertahun-tahun tanpa sebarang perhatian media.

“Saya mempunyai yayasan swasta yang telah beroperasi selama lima atau enam tahun dan ia membantu beberapa hospital kanak-kanak dan penyelidikan kanser.

“Saya tidak suka melampirkan nama saya untuk itu dan saya hanya membiarkan yayasan itu melakukan apa yang dilakukannya,” ujar Reeves pada 2009. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI