fbpx

Banjir: 1,000 sukarelawan Southern Volunteers digerakkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail melawat Sekretariat Sukma Johor yang dijadikan pusat pengumpulan sumbangan bantuan banjir serta mendengar taklimat kerja pembersihan rumah di kawasan banjir.

ISKANDAR PUTERI – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan pasukan sukarelawan Southern Volunteers yang dianggotai lebih 1,000 individu digerakkan habis-habisan untuk membantu rakyat Johor yang terkesan akibat banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tumpuan utama terarah kepada daerah Segamat yang terjejas teruk akibat bah setelah 1,500 yang dinaiki air.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan akan digerakkan ke daerah itu esok bagi membantu mangsa banjir yang terjejas untuk membersihkan kediaman mereka.

“Dari segi jumlah sukarelawan yang akan dihantar, kita akan membuat penyelerasan dan mengikut arahan Pejabat Daerah Segamat berapa ramai sukarelawan diperlukan selain memastikan kelancaran program bantuan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita tak mahu kesilapan yang berlaku di Selangor berulang apabila rumah yang dibersihkan kembali dinaiki air. Sekiranya sukarelawan yang dihantar tidak mencukupi, kita akan menghantar pasukan tambahan,” katanya selepas menerima kunjungan Tunku Ismail yang melawat Sekretariat Sukma yang dijadikan pusat pengumpulan sumbangan bantuan banjir.

Pada program tersebut, Tunku Ismail menyaksikan penyerahan sumbangan bantuan banjir oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM150,000 secara keseluruhan. Tunku Ismail juga turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM150,000 kepada SV.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI