fbpx

90 peratus peniaga Pasar Siti Khadijah terkesan sepanjang pandemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Nazri (dua dari kanan) melihat kakitangan Bank Islam menerangkan penggunaan DuitNow QR kepada peniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kira-kira 90 peratus daripada 1,300 peniaga di Pasar Siti Khadijah di sini terkesan akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan dua tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, kebanyakan yang terkesan terdiri daripada peniaga pakaian berbanding menjual makanan dan barangan basah dan keperluan harian.

Menurutnya, selepas tempoh PKP, persatuan mengambil inisiatif dengan bantuan pihak Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) memberi pinjaman kepada peniaga tanpa faedah untuk membantu memulakan semula perniagaan mereka selepas kerajaan membenarkan rentas negeri.

“Saya bersimpati dengan nasib peniaga terutamanya yang menjual pakaian kerana tidak dapat beroperasi langsung sepanjang PKP.

“Ada antara peniaga di sini terpaksa menggunakan wang simpanan dan berhutang untuk menyara keluarga mereka,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI