fbpx

Wartawan meninggal dunia di dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eng Boon

ALOR SETAR – Seorang wartawan akhbar berbahasa Cina ditemui meninggal dunia di dalam kereta miliknya yang diletakkan di hadapan pusat beli-belah di sini pagi tadi.

Ng Eng Boon, 44, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan terdapat seorang individu dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta kira-kira pukul 4.07 pagi ini.

“Semasa mangsa ditemui, enjin kereta masih hidup dan siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Kelab Media Elit Kedah (KMEK) telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI