fbpx

Hong Seng optimis terhadap potensi Neogenix Laboratoire

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) optimis terhadap cadangan pengambilalihan baki 40 peratus  pegangan dalam Neogenix Laboratoire Sdn. Bhd. (Neogenix Laboratoire) bakal memberi pulangan yang baik kepada Kumpulan untuk jangka masa panjang.

Pengarah Eksekutif Hong Seng, Christopher Chan berkata, cadangan pengambilalihan yang bernilai RM3.4 juta dan bersandarkan pada asas pertumbuhannya itu akan turut membantu perniagaan sedia ada Kumpulan yang kini tertumpu di Lembah Klang, wilayah Utara, Sabah dan Sarawak.

“Hasilnya, Neogenix Laboratoire telah menunjukkan hasil positif  daripada pertumbuhan sinergi dengan pelbagai spektrum penjagaan kesihatan kami,” katanya dalan kenyataan.

Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia semalam, HS Bio Sdn. Bhd. (HS Bio), anak syarikat milik penuh Hong Seng, telah memeterai perjanjian penjualan saham untuk memperoleh 80,000 saham biasa dalam Neogenix Lab, mewakili 40 peratus  kepentingan dalam Neogenix Lab.

Cadangan pengambilalihan akan dimuktamadkan sepenuhnya oleh Hong Seng secara tunai melalui dana yang dijana secara dalaman.

Selepas penjualan saham itu muktamadkan, Neogenix Lab akan menjadi anak syarikat milik penuh Hong Seng.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI