fbpx

Hong Seng miliki Innovative Holdings dengan nilai RM30.855 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong Seng berhasrat untuk memperkasakan Malaysia dengan kemudahan digital setanding perkhidmatan di luar negara. -Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) telah memiliki  51 peratus  kepentingan  dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd (Innov8tif Holdings) yang kini memiliki Innov8tif Solutions Sdn. Bhd. (Innov8tif Solutions) dan Xendity Sdn Bhd ( Xendity) untuk nilai pertimbangan berjumlah RM30.855 juta.

Innov8tif Solutions dan Xendity yang dikenali sebagai Innovative Holdings Group (Innovative Holdings) itu terlibat dalam perkhidmatan berkaitan orientasi digital dan pengesahan identiti (IDV) serta perniagaan yang mengkhusus dalam teknologi IDV untuk menyokong proses e-KYC dan anti-penipuan.

Ia turut terlibat dalam bidang  automasi proses onboarding pelanggan serta penyelesaian pengesahan biometrik mudah alih dengan kehadiran dalam pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Kemboja. 

Segmen pelanggan utama adalah telekomunikasi, perbankan, perkhidmatan kewangan, insurans, firma pelaburan dan kerajaan.

Pengarah Eksekutif Hong Seng, Lester Chin berkata, Innovative Holdings kini telah menggabungkan dan mempertingkatkan keupayaan, sumber dan pengalaman kedua-dua syarikat sekali gus menambah bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tawaran perkhidmatannya.

“Kemajuan dalam R&D akan membolehkan suite digital universal atau suite e-Nation yang dikenali sebagai penyelesaian Akses Digital Seluruh Negara (DNA) yang mampu memperkasakan pendigitalan Malaysia seperti mana-mana negara maju yang lain. 

“Penyelesaian DNA yang terpakai di seluruh industri akan memudahkan penukaran dan pengesahan ID digital yang lancar dengan menghubungkan sektor awam dan swasta bersama-sama ke arah negara digital. 

“Dengan adanya DNA, semua proses pengesahan merentas agensi dan jabatan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Bank Negara, bank digital, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan perkhidmatan lain akan dipermudahkan kerana semuanya akan diperkemaskan.

“Ini selaras dengan inisiatif MyDIGITAL yang mencerminkan aspirasi kerajaan untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang memberi tumpuan kepada pendigitalan dan merupakan perintis serantau dalam ekonomi digital,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Chin menjelaskan,  Hong Seng telah mengadakan sesi perundingan dengan jabatan kerajaan yang berkaitan mengenai pelaksanaan suite digital sejagat dan maklum balas setakat ini adalah positif. 

Sehubungan itu, Kumpulan akan membentangkan cadangan penuhnya kepada Kerajaan Malaysia apabila ia telah mensinergikan perniagaan Innov8tif Holdings dan Xendity. 

“Kami percaya bahawa penerokaan usaha niaga ke dalam industri digital adalah tepat pada masanya dan ia dijangka menyumbang secara positif kepada prospek perniagaan Hong Seng dengan menggabungkan aliran pendapatan baharu daripada sektor yang berprospek baik,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI