fbpx

HS Bio cadang lupus ekuiti dalam Pantasniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) melalui anak syarikat milik penuhnya, HS Bio Sdn. Bhd.  (HS Bio) telah memeterai perjanjian jualan saham dengan Arena Mawar Sdn. Bhd.

Perjanjian tersebut adalah untuk cadangan pelupusan 35,000 saham biasa atau 35 peratus kepentingan ekuiti dalam Pantasniaga Sdn. Bhd. (Pantasniaga) untuk jumlah pertimbangan tunai RM24 juta.

Melalui pemfailannya kepada Bursa Malaysia, Kumpulan memaklumkan bahawa pegangan saham HS Bio dalam Pantasniaga akan dikurangkan daripada 51 peratus kepada 16 peratus selepas selesai cadangan Pelupusan tersebut.

 Cadangan tersebut dijangka menjana anggaran keuntungan kira-kira RM20 juta kepada Kumpulan.

Pengarah Eksekutif Hong Seng dan Pengarah Bio HS, Christopher Chan berkata, cadangan pelupusan tersebut dilihat sebagai satu langkah positif yang memberikan peluang tepat pada masanya untuk merealisasikan nilai pelaburan dan aset dalam Pantasniaga.

“Melalui hasil yang diterima daripada pelupusan tersebut, ia  boleh diagihkan semula untuk membiayai perniagaan sedia ada Kumpulan dan/atau mana-mana perniagaan berpotensi pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Perniagaan sedia ada Kumpulan terdiri daripada sarung tangan, lateks nitril butadiena, perkhidmatan logistik bersepadu dan perniagaan perkhidmatan kewangan.

Pantasniaga adalah  penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan sains hayat yang menawarkan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang berkualiti serta bernilai tambah kepada pelanggan dalam kedua-dua sektor kerajaan dan swasta. -KOSMO! ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI