fbpx

Ramai tampil untuk terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Ismail antara pengamal media Perak menerima dos penggalak Vaksin Covid-19 di Hospital Pakar Komuniti Perak, Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Semakin ramai penerima tampil untuk mendapatkan suntikan dos penggalak berikutan langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengurangkan tempoh masa menunggu setelah lengkap vaksinasi.

Selain itu, ia juga sebagai perlindungan pada imunisasi tubuh bagi mengelak jangkitan terhadap penularan varian baharu wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak Community Specialist Hospital (PCSH), Nicholas Chan berkata, ini merupakan perkembangan positif selain menunjukkan masyarakat peka pada situasi semasa.

Menurut beliau, PSCH sebagai salah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) swasta di bandaraya ini menerima kira-kira 400 penerima setiap hari termasuk yang hadir tanpa temu janji.

“Sebahagian besar daripada mereka yang datang mendapatkan dos penggalak adalah dalam lingkungan usia 40 tahun ke atas khususnya golongan bekerja.

“Selain itu kelompok berusia 20an juga ada datang mendapatkan suntikan dos penggalak serta remaja terutamanya dalam kategori berpenyakit kronik,” ujarnya ketika ditemui di sini.

Beliau sebelum itu meninjau proses vaksinasi dos penggalak yang diterima sebahagian daripada petugas media negeri Perak yang merupakan kelompok barisan hadapan.

PCSH yang merupakan hospital swasta pertama di Perak diberikan status sebagai PPV sejak Mei lalu sehingga kini telah memberikan vaksinasi Covid-19 kepada 40,300 penerima termasuk suntikan dos penggalak

Ujar Nicholas, berdasarkan kapasiti sedia ada PCSH mampu untuk mengendalikan sehingga 500 orang penerima setiap hari tetapi bergantung pada bekalan dos yang ditetapkan.

“Ini kerana selain yang hadir secara temu janji dan datang terus, kita turut menerima yang penerima korporat iaitu dari syarikat tertentu secara berkumpulan,” ujarnya. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI