fbpx

Jurugambar JSJ IPD Seremban maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang dipandu seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal selepas terbabit kemalangan di kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi semalam. - IHSAN POLIS

REMBAU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas terbabit kemalangan di kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Awang Ahmad Fadlizan Awang Zambree, 27, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala, dua lagi sepupunya mengalami kecederaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa yang telah merempuh besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuhraya.

“Mereka yang merupakan sepupu dan sekampung dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh menghala Senawang dan sebaik sampai di tempat kejadian telah hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan. Mangsa yang memandu kenderaan disahkan maut di lokasi kemalangan susulan mengalami kecederaan parah di bahagian dada.

“Manakala, seorang lagi penumpang berusia 30 tahun yang merupakan tentera cedera ringan di kepala dan leher serta seorang lagi berusia 20 tahun yang bekerja di stesen minyak cedera di kaki. Kedua-duanya dirawat di zon kuning Hospital Rembau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, jenazah Allahyarham diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 6 petang ini dan dijangka akan dikebumikan esok di Sibu, Sarawak.

Menurutnya, segala urusan memandikan, mengkafankan jenazah disempurnakan di Hospital Rembau dan solat jenazah di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau telah diadakan tengah hari tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI