fbpx

Jangan jadikan Taman Sri Muda tapak pelupusan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamani (tengah) menerima sumbangan bantuan Mohd. Salim di Wisma MBSA, hari ini.

SHAH ALAM – Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menjadikan lokaliti yang telah dibersihkan daripada sampah banjir di Taman Sri Muda sebagai tapak pelupusan sampah pukal telah merencatkan kerja-kerja pembersihan.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, ini berikutan beliau sendiri telah menerima laporan lokaliti itu dipenuhi semula dengan longgokan pelbagai jenis sampah.

“Sudah tentu, kita berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan melupuskan sampah daripada luar kawasan ke Taman Sri Muda.

“Sepatutnya pihak tersebut melupuskannya sampah itu di stesen pemindahan,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan mangsa banjir daripada Emirates Red Crescent kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini.

Jelas Zamani, setakat ini sebanyak 60 peratus kawasan Taman Sri Muda telah dibersihkan dengan jangka kerja-kerja berkaitan dapat diselesaikan dalam minggu ini.

Mengulas mengenai bantuan itu, MBSA menerima 10,000 unit barangan keperluan seperti beras, minyak, tepung gandum dan susu tepung selain kit pembersihan yang akan disalurkan kepada penduduk Taman Sri Muda. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI