fbpx

Dua penyamun pusat tuisyen diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Dua penyamun warga kemboja yang terlibat dalam jenayah pecah masuk dan melarikan pelbagai barangan elektronik sebuah pusat tuisyen di Sungai Udang berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan, semalam.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 25 dan 29 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 3 petang di Jalan Kebun, Shah Alam dekat sini dan Kampung Johan Setia.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada seorang guru lelaki pusat tuisyen memaklumkan pintu bahagian premis itu telah diumpil penjenayah pukul 12.30 tengah malam pada 28 Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat barangan yang hilang meliputi 10 tablet jenama Apple, dua buah projekter jenama NEC dan masing-masing sebuah kamera jenis DSLR Nikon serta televisyen berukuran 40 inci jenama Sharp dianggarkan RM5,000.

“Bertindak hasil maklumat dan risikan kemudiannya membawa penangkapan kedua-dua suspek warga Kemboja tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya turut merampas dua tablet jenama Apple yang dipercayai hilang dalam kejadian tersebut.

Tambah Hoong Fong, usaha sedang giat dilakukan mengesan seorang lagi suspek warga tempatan dikenali li atau lee. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI