fbpx

Bella Astillah bengang, Aliff Aziz dituduh peserta kesayangan GV8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLA menyangkal dakwaan segelintir netizen yang menuduh suaminya merupakan peserta kesayangan GV8.

PETALING JAYA – “Kalau boleh nak suruh dia nyanyi lagu Nirmala dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza saja, tetapi bukan saya yang menentukan.”

Demikian luahan hati aktres, Bella Astillah, 27, sekaligus membidas kecaman segelintir netizen terhadap suaminya, Aliff Aziz apabila timbul dakwaan mengatakan pemyanyi asal Singapura itu merupakan peserta kesayangan dalam program Gegar Vaganza musim kelapan(GV8).

Bengang suaminya kerap dihujani dengan dakwaan tersebut, Bella menerusi beberapa ciapan Twitter tampil menjelaskan Aliff bukan peserta kegemaran seperti yang dipertikai ramai.

“Kalau dia peserta kegemaran, sepatutnya dapatlah lagu-lagu hebat dan mencabar seperti Nikki atau Suki kan? Tolonglah jangan membuat andaian perkara yang anda tidak tahu.

“Aliff sepatutnya risau sebab lagu-lagu dia biasa sahaja tetapi kita tak pernah mempersoalkannya dan ikut sahaja sebab memang sudah adat pertandingan. Awak ingat mudahkah untuk dia menari seperti semalam?” selar pelakon drama Cinta Belum Tamat Tempoh itu.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah turut menjawab persoalan netizen yang mengatakan persembahan Aliff pada konsert minggu ketujuh, malam tadi seperti tiada jiwa.

Malah Bella dalam satu ciapan membalas komen netizen memberitahu, seboleh-bolehnya dia juga mahu suaminya mendendangkan lagu bergenre lain.

“Maafkan saya, awak tonton atau tidak konsert mingguan? Dia menari dan awak ingat senangkah nak menyanyi sambil menari? Perempuan selalunya tiada masalah untuk menari tetapi seperti Aliff, dia jangan kata menari, buat TikTok pun tak jadi sebab tidak reti.

“Jadi, tolonglah jangan asyik nak mengecam sahaja. Cuba awak nyanyi lagu Afgan itu.

“Kalau boleh saya nak suruh Aliff menyanyikan lagu Nirmala saja tetapi bukan kita yang menentukannya,” ujarnya lagi.

Sejak malam tadi, nama penyanyi lagu Sayang-Sayang itu menjadi bahan bualan netizen yang tidak henti-henti mempersoalkan mengapa dia masih mendapat markah tinggi sedangkan mutu persembahan masih hambar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI