fbpx

Paras air enam sungai di Melaka terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Melaka berhampiran Rumah Awam Pantai Peringgit mula melimpah.

MELAKA – Paras enam sungai di negeri ini terus mencatatkan peningkatan pada paras bahaya, amaran dan waspada, pagi ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata, Sungai Melaka di Melaka Pindah dan Batu Hampar telah berada pada paras bahaya masing-masing 12.1 meter dan 2.67 meter.

Tiga lagi sungai di Sungai Kesang di Telok Rimba, Sungai Cheng D/S dan Sungai Duyong pula berada pada paras amaran.

“Sungai Kesang kini menghampiri bacaan bahaya iaitu 3.58 meter, manakala di Cheng D/S 2.57 meter mendekati paras 3.5 meter. Sungai Duyong 1.44 meter menghampiri 1.8 meter,” katanya.

Menurut JPS Melaka lagi, sungai di Cheng U/S berada pada bacaan waspada iaitu 2.49 meter dengan tahap bahaya adalah 3.5 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI