fbpx

Wanita positif Covid-19 kuarantin dalam tandas pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARISA Fotieo berada selama lima jam dalam tandas kapal terbang setelah disahkan positif Covid-19. - LadBible

REYKJAVIK, ICELAND – Seorang guru dari Amerika Syarikat secara sukarela menjalani kuarantin selama lima jam di dalam tandas pesawat selepas disahkan positif Covid-19 ketika penerbangan, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam. 

Marisa Fotieo berkata, tekaknya terasa sakit semasa dalam penerbangan dari Chicago ke Reykjavik, pada 20 Disember lalu.

Dia disahkan positif setelah melakukan ujian pantas Covid-19 menggunakan kit dibawanya.

Wanita itu kekal berada di dalam tandas semasa penerbangan, dengan seorang pramugari menyediakan makanan dan minuman kepadanya. 

“Ia adalah pengalaman yang ‘gila’. Terdapat 150 orang di dalam pesawat dan ketakutan terbesar saya adalah virus ini menjangkiti mereka,’’ kata Fotieo kepada stesen penyiaran NBC News.

Rakaman video kejadian dimuat naik olehnya di aplikasi TikTok dengan mendapat lebih empat juta kali tontonan. 

“Dia (pramugari) memastikan saya mempunyai semua yang saya perlukan untuk lima jam berikutnya, daripada makanan hingga minuman dan sentiasa datang memeriksa bagi memastikan saya berada dalam keadaan baik-baik sahaja,’’ katanya kepada NBC News.

Sebaik tiba di Iceland, Fotieo mengasingkan dirinya di sebuah hotel milik Persatuan Palang Merah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI