fbpx

Wani Kayrie ‘angkat’ Mercedes-Benz berharga RM192,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASIL setahun menabung, Wani berjaya memiliki kereta idamannya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Wani Kayrie gembira dan bersyukur apabila akhirnya mampu membeli sebuah kereta idaman iaitu Mercedes-Benz CLA180 bernilai RM192,000 menggunakan hasil titik peluhnya sebagai anak seni.

Wani atau nama lengkapnya Syazwani Syafirah Abdullah ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia mengambil masa selama setahun untuk mengumpul wang supaya dia boleh memiliki kereta tersebut.

“Alhamdulillah akhirnya tercapai impian saya untuk memiliki kereta sendiri hasil titik peluh sebagai penyanyi dan juga pelakon.

“Saya pun sudah bekerja lama dalam industri dan tiba masanya untuk saya hadiahkan (self reward) sesuatu buat diri sendiri. Sejak tahun lalu, saya mula menabung dan memasang niat untuk membeli kereta,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ketika ditanya tentang duit ‘muka’ yang perlu dibayar, penyanyi kelahiran Sabah itu berkata, dia mengeluarkan kos sebanyak RM30,000 sebagai pendahuluan untuk membeli kereta mewah tersebut.

Selepas mendapat kereta idamannya, penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang itu berharap supaya ‘hadiah’ tersebut menjadikan dirinya lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya, bahkan juga keluarga.

“Untuk sasaran tahun 2022, insya-Allah saya mahu kembangkan perniagaan yang diusahakan di kampung (Sabah) dan tolong keluarga di sana.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya. Di sebalik kejayaan ini, terselit juga doa-doa daripada anda semua. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kalian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI