fbpx

Pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia kini dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memaklumkan bahawa urusan pendaftaran baharu dan kemas kini bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah dibuka bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, urusan pendaftaran dan kemas kini itu adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan.

“Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.

“Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data-data bantuan terdahulu yang berkaitan akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemohon BKM boleh mendaftar, mengemas kini maklumat atau mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara tersebut menerusi portal rasmi BKM di pautan https://bkm.hasil.gov.my bermula hari ini sehingga 31 Januari.

“Permohonan secara manual atau fizikal juga boleh dilakukan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Satelit LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) dengan mengisi dan mengemukakan borang permohonan BKM bermula 3 Januari ini.

“Kerajaan kekal komited dalam memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI