fbpx
ODEGAARD semakin menemui sentuhan dan menjadi tonggak penting di bahagian tengah Arsenal ketika ini. – AFP

Odegaard setanding David Silva – Arteta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya perancang muda, Martin Odegaard memiliki kualiti setanding le­genda Manchester City, David Silva menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Emirates pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Sebagai rekod, Arteta sebelum ini pernah bekerjasama dengan Silva ketika bertugas selaku penolong ketua jurulatih skuad The Citizens sebelum dilantik menjadi pengendali The Gunners dua tahun lalu.

Kata Arteta, Silva yang juga pemain antarabangsa Sepanyol berada dalam kelas tersendiri tetapi Odegaard memiliki bakat yang luar biasa dan terbukti selepas berjaya mencipta enam peluang jaringan sejak enam perlawanan lepas.

“Agak sukar untuk menyama­kan kedua-dua mereka kerana Silva adalah pemain perancang terbaik di dunia sejak 20 tahun lalu kerana dia boleh mencipta peluang pada sudut yang sukar.

“Namun, Odegaard masih lagi muda dan dia juga boleh memiliki kualiti Silva tetapi perlu mendapatkan lebih banyak pengalaman. Buat masa ini, saya gembira dengan impak yang diberikan kerana dia bekerja keras pada sesi latihan,” katanya.

Bagaimanapun, persiapan Arsenal bertemu City sedikit terjejas apabila Arteta disahkan positif Covid-19 awal ming­gu ini dan diarahkan menjalani kuarantin dan tugasnya akan dipikul penolong pengurus kelahiran Belanda, Albert Stuivenberg.

Stuivenberg sebelum ini pernah menjadi penolong kepada bekas pengendali Manchester United, Louis Van Gaal selama dua tahun selepas mengambil keputusan untuk menyertai Arsenal bersama Arteta pada musim 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN