fbpx

‘Kereta Spider-Man’ panjat dinding bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta tergantung pada dinding sebuah bangunan di Republik Dominika diumpamakan seperti Spider-Man. - reddit.com/r/googlemapsshenanigans

SANTO DOMINGO, REPUBLIK DOMINIKA – Sebilangan pengguna aplikasi pemetaan Google Maps terperanjat setelah mengesan sebuah ‘kereta Spider-Man’ sedang melekat pada bangunan di Republik Dominika, lapor akhbar Daily Star.

Trak pikap itu didapati tergantung pada dinding sebuah bangunan yang dilihat seakan-akan watak adiwira komik Marvel, Spider-Man.

Kisah yang dimuat naik di laman perkongsian Reddit oleh pengguna bernama @r/googlemapsshenanigans itu mendapat lebih 400 undian positif dengan beberapa ulasan meminta lokasi kejadian dikongsikan supaya mereka boleh melihat sendiri trak itu.

Dalam pada itu, syarikat Santo Domingo Motors baru-baru ini mendapat perhatian ramai pengguna internet yang berminat dengan kereta gaya Spider-Man keluaran mereka, yang merupakan sebuah trak pikap berwarna merah.

Kereta terpakai itu telah dikeluarkan pada 1920, namun penambahan cat mewakili kostum Spider-Man baru-baru ini telah menarik perhatian pengguna di laman Reddit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI