fbpx

Banjir : Jumlah mangsa meningkat di 7 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir kembali bertambah apabila tujuh negeri terpaksa membuka pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding lima negeri semalam akibat banjir gelombang kedua.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 5,671 mangsa daripada 1,630 keluarga dipindahkan ke 92 PPS berbanding 3,947 orang yang direkodkan semalam.

“Setakat pukul 6 petang hari ini, Pahang masih mencatatkan rekod tertinggi dengan 1,741 mangsa daripada 542 keluarga yang berada di 38 PPS.

“Negeri Sembilan turut menunjukkan peningkatan seramai 1,437 daripada 357 keluarga berada di 12 PPS dan di Kelantan membabitkan seramai 331 daripada 115 keluarga di lima PPS,” katanya.

Dalam pada itu, Terengganu mencatatkan sedikit penurunan dengan 165 mangsa daripada 49 keluarga di empat PPS.

“Sabah pula kekal dan tidak berubah dengan jumlah seramai 343 daripada 117 keluarga yang berada di dua PPS,” jelasnya.

Selain itu, dua negeri yang baru membuka PPS hari ini iaitu Johor menempatkan 1,054 mangsa daripada 18 keluarga di 23 PPS manakala Melaka menempatkan 600 mangsa daripada 155 keluarga di lapan PPS.

Terbaharu, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir bagi daerah Lipis, Pahang yang dijangka berlaku pada Ahad ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI